? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 17, 2010

Dedikasi Buat Mok Aji

Daun-daun dibawah pohon rambutan yang rimbun bersih disapunya supaya halaman menjadi bersih sebersih dirinya. Ayam-ayam yang berkokok mengais-gais mencari cacing untuk sarapan pagi barangkali. Segenggam dua perdu rumput yang tumbuh meliar dicabutnya menampakkan tanah-tanah merah pekat kecoklatan jelas bersama akar yang masih putih. Bukan mahu dikhianati rumput itu. Tetapi sekadar membersihkan halaman yang sedia bersih. Orang tua mana tahu duduk diam macam orang bandar. Mungkin itulah yang selalu terlintas difikirannya setiap kali anak menantu menyuruh nenek berehat.

Waktu pagi beginilah nenek melakukan latihan yang boleh digelar senaman mungkin sebagai aktiviti hariannya. Memang tidak dinafikan, nenek kuat orangnya. Walaupun usianya hampir mencecah 80an, tetapi dia masih gagah mengabadikan diri kepada tuhan. Sekali-sekala anak dan menantunya akan membawanya ke bandar untuk duduk sementara bersama mereka dan setiap kali itulah dia minta dihantar pulang bila agak lama disana. Bukan malas melayan karenah tetapi dia mahu melakukan tugas hariannya yang sedari muda menjadi darah dagingnya.

Usai menjamah lidi membersihkan laman, dia mencapai seberkas beg plastic berisi dedak ayam untuk dihidangkan kepada ayam-ayam yang sedari tadi masih tekun menguis-nguis tanah mencari cacing. Masing-masing berlumba mendapatkan makanan yang dihidangkan nenek. Tersengih-sengih nenek melihat ayam-ayam peliharaannya berebut-rebut sehingga ada yang tersungkur rebah. Mungkin itulah cara nenek menghilangkan rasa rindunya pada anak-anak. Bukan dia tidak mahu tinggal bersama mereka tapi dia lebih senang duduk sendirian. Senang untuk kesana-sini katanya.

Perut mula berbunyi. Dia bingkas bergerak masuk ke dalam rumah dari laman. Terus ke dapur. Mencari-cari cerek untuk dipanaskan air. Air dimasukkan kedalam cerek dan diletaknya diatas dapur kayu yang masih belum dihidupkan apinya. Dirumah itu bukan tidak ada dapur gas tapi nenek lebih suka menggunakan dapur kayu. Makanan pun sedap walaupun lambat masaknya kerana sukar untuk mengawal api bagi yang tidak mahir tentang penggunaanya. Diambilnya mancis dari atas para dan dicucuhnya kepada kertas surat khabar lama yang diambil dari atas gobok usang yang lompong sana sini. Diletaknya kertas tadi kedalam sekumpulan kayu api.

Nenek menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskannya pada bara api yang semakin bercahaya dimamah api. Habis hitam muka nenek bertepek debu-debu berterbangan yang ditiupnya tadi. Peluh menitik ke pipi. Segera disapunya dengan lengan baju lusuh hijau zamrudnya. Dibiarkan air mendidih seketika, dia mencapai bekas berisi jejemput mentah yang likat basah untuk digorengkan sebagai sarapan pagi. Dibuatnya air teh dari air panas tadi dan dihidangkan bersama jejemput panas diatas gelegar rumah yang jarang itu. Mula mengisi perut yang kosong untuk cacing-cacing perut yang kebuluran meminta makanan sejak subuh.

Tengahari itu sebelum azan zohor memanggil, nenek sempat membersihkan keringat terlebih dahulu. Mahu kelihatan bersih dan segar ketika menghadap Tuhan Rabbul Izzati. Tangan tua yang jelas kelihatan urat berselirat, gagah menarik baldi yang diturunkan kedalam perigi untuk mendapatkan air. Kawasan kampong tempat nenek tinggal bukannya tidak dilengkapi dengan kemudahan air kerajaan tetapi nenek tidak mahu memasangnya. Katanya tidak mahu menyusahkan anak-anak membayar bilnya. Cukuplah dengan bekalan eletrik yang lebih utama. Itulah nenek. Agak degil kedengaranya. Tapi dari pengamatan saya, sikap warga emas memang begitu. Usah dikatakan mereka, kita yang muda ini pun banyak yang tidak mahu mendengar teguran yang tua. Dunia itu bulat.

Setimba dua, nenek berhenti menarik air dari telaga usang itu. Berhenti untuk menyabun dan membuang daki-daki yang bersisa. Masih sempat nenek memberus periginya dari lumut-lumut yang melekat dikiri kanan perigi. Membuang ranting-ranting mati yang jatuh ke kawasan mandian. Dicabutnya rumput-rumput liar yang ligat tumbuh walau baru dua hari lalu nenek bersihkan. Kemudian disambungnya balik bertimba-timba. Akhirnya, nenek mengambil wuduk bermula dari tangan hingga ke kaki untuk menyahut panggilan Ilahi.

Nenek turun dari rumah menuju ke surau yang hanya selangnya tiga buah rumah. Dari jauh jelas kelihatan kawan-kawan nenek sama-sama mahu menunaikan solat. Selalunya, apabila nenek turun dari rumah untuk solat zohor selepas asarlah baru dia pulang. Di surau itu banyak aktiviti yang dijalankan oleh jemaah masjid. Disitu nenek boleh belajar tajwid, membaca al-quran, mendengar tazkirah dan kadang-kadang nenek tertidur menantikan solat asar. Hendak pulang ke rumah agak sunyi. Baik dihabiskannya disurau bersama rakan-rakannya sambil mencari keredhaan Allah.

Azan zohor berkumandang ketika nenek memijak anak tangga ketiga. Sempat juga dia menunaikan solat sunat masjid dan solat sunat zohor sebelum sama-sama berjemaah bersama penduduk kampong yang lain. Selesai solat nenek berdoa semoga anak-anak cucunya dilindungi oleh Allah dan mendapat petunjuk hidayah daripadanya. Kemudian nenek meneruskan dengan aktiviti yang selalu dilakukannya. Kadang-kadang waktu begini ada beberapa orang anak penduduk kampong datang menghampirinya untuk diajarkan mengaji al-quran. Nenek tidak pernah menolaknya. Malah menerimanya dengan senang hati.

Selesai solat asar, nenek pulang kerumah semula. Melipatkan kain sembahyang yang lusuh dipenuhi tahi lalat dan disidainya pada tali yang diikat dari hujung dinding ke tengah tiang rumah. Disitu jugalah disangkutnya tuala mandi dan semua baju-baju yang masih mahu dipakainya. Nenek turun kembali ke luar rumah. Mengambil penyapu dan menyapu halaman yang dipenuhi guguran daun rambutan yang mati tidak bermaya ke bumi yang semakin tua ini. Sekali lagi diambilnya sebungkusan dedak ayam untuk diberikan makan petang.

Selesai semuanya, nenek berjalan pula ke hulu rumahnya mencari rumah jiran untuk sama berkongsi cerita dan menggobek sireh. Lama juga dia disitu bercerita itu dan ini. Ketawa yang jelas gigi palsu putih berkarat kelihatannya. Ada masanya penduduk kampong singgah ke situ dan dihulurkan buah-buahan atau sedikit makanan untuk dimakan bersama. Nenek suka begitu. Dia tidak berasa sunyi. Nenek seronok disitu. Ramai kawan-kawan datang hampiri. Bukan sahaja yang sebaya nenek, malah ada yang masih muda pun turut ada disitu. Mungkin masing-masing tidak mahu bersendirian dirumah. Mungkin mahu menghilangkan rasa bosan.

Maghrib semakin menghampiri apabila mereka mula bersurai meninggalkan sudut berborak tadi. Nenek juga. Sekali lagi dia mengambil tuala dan turun ke sudut mandian untuk menghilangkan keringat seharian. Selesai mandi dan mengambil wuduk, nenek bersiap-siap untuk ke surau. Barangkali isya’ baru nenek pulang. Nenek segera bergegas takut tertinggal rakaat seterusnya.

Selesainya maghrib dan isya’, jemaah selalunya dihidangkan dengan makanan yang disedekahkan penduduk kampong. Nenek sempat menjamu rezeki dari Allah itu. Nenek makan sehingga perut tidak lagi berkeroncong lapar. Kemudian nenek pulang untuk berehat. Esok nenek bangun dengan izin Allah dan terus melakukan rutin harian tersebut. Terus berkhidmat untuk makhluk Allah yang masih terdapat dibumi Allah ini. Bila tiba hujung minggu, jadual nenek sedikit berubah. Anak-anak cucu pulang ke kampung. Nenek seronok juga. Mendengar keletah cucu-cucu. Mengusik-usiknya sehingga tersengih-sengih menahan ketawa. Kadang-kadang sampai berairmata.

Mok, rindu hati ini ingin menatap wajahmu. Ingin melihat senyummu. Namun apakan daya aku masih diperantauan. Rindu benar hati ini meronta-ronta ingin meminta pulang. Tapi tugasan masih belum mengizinkan. Mok, di usia tua begini tidak usahlah berpenat lelah lagi untuk itu dan ini. Mok berehatlah. Hilangkan sakit sendi-sendimu. Mok, jika dibenarkan pulang ingin aku berlari memelukmu. Menarikmu kedalam pelukan eratku. Ingin aku lakukannya. Semoga air mata kerinduan tidak lagi luruh menjamah pipi gebu ini. Supaya aku tidak lagi tidur bertemankan airmata kerinduan.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, datuk nenekku, guru-guruku, adk-beradikku, saudara-maraku, kawan-kawanku, jiran-jiranku serta mereka yang bersama-samaku.
Panjangkanlah usia mereka.
Terimalah amalan mereka.
Terimalah taubat mereka.
Perkenankanlah setiap doa mereka.
Permudahkanlah segala urusan mereka.
Ya Allah,
Bukakanlah pintu rezeki untuk mereka.
Tunjukkanlah mereka jalan yang lurus.
Matikanlah mereka dalam keimanan.
Serta kau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku ketika aku masih kecil.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Wednesday, March 31, 2010

Pergi yang dikembalikan..

Pada 23 februari yang lalu saya dikejutkan dengan kematian nenek saya sebagaimana yang saya telah ceritakan di entry saya yang telah lepas. Sangat sunyi dengan kehilangan beliau yang banyak menceriakan kami. Gelak ketawanya, latahnya, tinkah lakunya semuanya menjadikan hati kami dibuai tangisan sendu. Kadang-kala apabila dibacakan surah yassin setiap malam jumaat, rasa sepi sangat. Wajah arwah yang tersenyum bermain-main dibenak fikiran. Rindu benar hati kami padanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allh s.w.t hendaknya. Al-Fatihah..


Beberapa hari yang lepas, saya sekali lagi mendapat panggilan daripada ma dikampung. Amati suara ma ditalian, terasa hangat sangat ingin rasanya saya pulang lagi ke kampung untuk melihat wajah ma yang tidak pernah tua walaupun usianya sudah mencecah hampir 53 tahun. Wajah ma dengan nenek sama sebenarnya. Kerana itulah ketika arwah nenek pergi, sukar untuk saya tatap wajah ma. Pasti air mata terasa melekit dipipi.

Sungguhpun begitu, kali ini saya mendapat berita yang gembira. Sepupu saya telah selamat melahirkan seorang baby perempuan. Saya pun lupa berapa haribulan. Maklumlah, dalam kepala asyik terbayang tarikh submit assignment jer. Wahaha..seronok bukan kepalang. Saya sangat suka baby perempuan. Saya nak sepupu saya namakan dengan nama saya. Fadhlin Jr. wahaha..

Walaupun arwah tidak sempat melihat cicitnya yang ini (ketika arwah ada, asyik tanya je bila nak keluar), tetapi sekurang-kurangnya kami tidak terasa sangat akan kehilangan nenek. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup sebagai penganti dan penyambung warisan keturunan. Alhamdullillah.. kakak saya pun tak lama lagi akan kawin. Makin bertambahlah keluarga kami. Semoga Allh memberkali kami sekeluarga. AMIN...

USIM TODAY

Article saya dalam USIM Today

KEMARAU DAN TINDAKAN ANDA

El Nino atau lebih dikenali sebagai musim panas yang teruk telah melanda negara kita sejak akhir-akhir ini. Perubahan cuaca yang berlaku seperti ini bukanlah fenomena luar biasa yang berlaku di sesuatu tempat seperti tsunami yang menyerang asia suatu masa dahulu. El Nino ini berlaku akibat daripada perubahan monsoon yang mengikut putaran bumi dimana permukaan bumi terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya pasifik barat, pasifik tengah dan pasifik timur.

Di asia contohnya keadan kemarau yang teruk melanda setiap negara dengan kekurangan air dan sebagainya. Tetapi sebaliknya pula berlaku dia negara barat atau lebih dikenali sebagai pasifik barat. Sebagai contoh Amerika, Maxico dan sebagainya pula mengalami musim banjir yang teruk akibat daripada perubahan ini. Perubahan monsoon ini akan berlaku setiap daripada tiga hingga tujuh tahun sekali.

Musim panas yang teruk sebegini pastinya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Ini kerana sumber air yang paling utama akan mengalami kekeringan dalam kadar waktu yang singkat. Pelbagai penyakit juga akan mula menyerang masyarakat yang tinggal di luar bandar dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat bekalan air bersih. Antara penyakit yang biasa berlaku pada musim kemarau ini seperti penyakit taun dimana kurangnya bekalan air bersih yang digunakan untuk aktiviti harian seperti makan dan minum merupakan suatu risiko penyebab penyakit ini.

Kanak-kanak terutamanya akan lebih terdedah kepada risiko peyakit ini. Ini kerana mereka tidak akan faham pentingnya menjaga kesihatan dimusim panas ini. Ibu bapalah yang memainkan peranan yang lebih penting dalam menanganinya dikalangan keluarga mereka, disamping pihak kerajaan mencari jalan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk. Jika terdapat sebarang tanda-tanda seperti demam, muntah-muntah, hilang selera makan dan cirit-birit dinasihatkan supaya terus dapatkan nasihat doktor supaya masalah tersebut tidak berlarutan.

Selain daripada penyakit yang boleh membawa maut itu, dikhuatiri juga masalah seperti pembakaran hutan, ladang dan sebagainya secara tiba-tiba akibat daripada pemanasan yang terik. Apabila berlakunya pembakaran ini, secara tidak langsung negara kita dan Negara sekitar seperti Indonesia, Singapura dan sebagainya akan mengalami masalah jerebu yang teruk. Masalah jerebu ini akan menyumbang kepada masalah pernafasan akut yang teruk kepada penduduk. Akibatnya, mereka yang mengalami masalah asma yang teruk dinasihatkan mendapatkan bekalan ubatan yang cukup. Masyarakat juga dinasihatkan agar meminimumkan aktiviti luar rumah yang terdedah kepada kesesakan pernafasan.

Orang ramai dinasihatkan menanam sampah sarap agar dapat mengelakkan daripada pembakaran secara terbuka yang akan mengundang bahaya pada masa hadapan. Ini secara tidak langsung dapat menyelamatkan kesan rumah hijau daripada termusnah. Pembakaran hutan-hutan simpan sebenarnya secara tidak langsung akan menyumbangkan masalah ketika berlakunya proses perubahan monsoon. Ini kerana, ombak besar yang melanda pesisir pantai tidak mempunyai sebarang banteng seperti pokok-pokok bakau yang selama ini menjadi penghadang kepada ombak-ombak ini yang biasanya terjadi akibat daripada peralihan monsoon.

Jerebu yang terhasil daripada pembakaran hutan atau ladang itu tadi, secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi Negara, dengan keadaan penduduk yang terpaksa mengurangkan aktiviti harian mereka pastinya banyak syarikat yang akan menutup premis mereka seketika. Ini pastinya akan menyebabkan kurangnya pertukaran mata wang asing bagi sector ekonomi Negara dan kemelut politik turut terjejas. Apa yang lebih membimbangkan apabila kurangnya pelancong yang akan keluar masuk Negara akibat daripada masalah jerebu yang melanda negara. Sudah pasti Negara akan menghadapi masalah kegawatan ekonomi yang berpunca daripada masalah jerebu yang melanda akibat kesan daripada kemarau tersebut.

Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan antaranya mengadakan hujan tiruan untuk menyejukkan permukaan bumi yang sedia panas. Suatu cairan akan dilepaskan ke permukaan awan untuk menghasilkan hujan tiruan ini. Biasanya pembenihan hujan tiruan ini akan dilepaskan dikawasan-kawasan tadahan air yang disifatkan sebagai kering dan berjaga-jaga. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut membina empangan simpanan air yang besar bagi negeri-negeri yang dibimbangi menghadapi masalah kekeringan sumber utama ini. Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dimusim ini.

Monday, March 22, 2010

Untuk semua kawan-kawan di seluruh dunia..

Lirik Lagu Sahabat - Aizat AF5

Song / Lagu : Sahabat by Aizat AF5

Lyrics / Lirik Sahabat - Aizat :

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Thursday, March 18, 2010

Kawan atau Cawan?

Malam itu malam yang biasa saya lalui. Cuma yang bezanya ada sedikit kejadian yang saya sendiri tak mampu nak tafsirkan dengan kata-kata mahupun luahan dalam hati. Seperti biasa sekiranya ada assignment yang perlu dibuat, saya pasti akan meringankan tubuh untuk buat bersama-sama classmate saya. Dirumah beliau dapat internet sementelahlah saya akan kesana untuk dapatkan internet juga. Mungkin rumah saya yang berada di ground floor tak sampai untuk connect internet atau disebabkan saya pakai window 7 saya sendiri pun kurang pasti.

Selesai menguruskan semua kerja-kerja rumah seperti basuh kain, lipat kain, kemas bilik, kemas meja belajar saya, solat dan sebagainya saya akan naik menjengah kawan-kawan. Sekitar jam 10 malam saya mengemas barang-barang keperluan assignment saya untuk ketingkat atas. Bermula dengan laptop, charger, mouse, cooler, pencil case, buku-buku rujukan, nota-nota dan pendrive semuanya saya sumbat dalam beg biru berbelang yang saya beli di koperasi USIM semasa ditahun satu.

Sebelum saya melangkah meninggalkan bilik selalunya saya tidak lupa memberitahu roommate saya untuk bermalam dirumah kawan saya. Mana tidaknya, jam pun sudah agak lewat ketika saya meninggalkan bilik. Kalau saya balik bilik nanti pun saya bimbang kalau-kalau saya bakal mengejutkan isi rumah yang sedang tidur dengan larian saya yang ketakutan kerana gelap. Hendak tak hendak terpaksalah saya bermalam dirumah orang.

Ketika sedang saya membuat assignment dan berbincang serba-sedikit tentang tugasan saya, tiba-tiba roomate kepada kawan saya balik dengan muka yang agak muncung dan masam. Saya biarkan mungkin ada masalah antara keduanya. Saya menyambung kerja saya tanpa mempedulikan tingkah lakunya yang agak sakit hati jika dilayan. Kemudian dia membuka mulut mungkin perasan yang kami buat ‘dek jer’ dari tadi. Lalu dia tanya saya.

“Lyn awak pernah tengok tak mug saya warna hitam sebelum ini? mug saya pecah! Mana la tahu kot-kot ada kawan-kawan awak guna lepas tu pecah tak nak mengaku. Geram betul saya. Sapa la yang pecahkan mug tu!” tengking dia dengan muka yang dibuat-buat bengis. Saya tak kisah kalau dia tanya dengan baik. Ini tidak, macam tuduh saya yang buat. Agaknya kalau kitorang sama-sama berdiri mau dia tarik baju saya. Kurang ajar betul.

Lepas je kejadian itu dia semakin lain dari selalu dengan kami. Saya buat bodoh je. Bak kata orang Kelantan “SORE MUNG LAR”. Tapi semua ni tak henti sampai disitu. Dia masih tarik lagi semua tu sampai ke hari ini malah lebih agak kurang ajar tindakan dia. Bayangkan setiap kali classmate saya nak buat assignment sibuklah dia nak tutup lampu nak tidur. Pernah jugalah tiba-tiba dia tutup lampu begitu sahaja. Katanya esok dia ada kelas dan tak boleh tidur dalam cerah lampu yang terbuka. Abiz dia ingat kawan saya tengah ‘mop lantai’ ke? Kawan saya pun ada kelas juga. Kalau tidur mungkin kami boleh consider lagi, tapi kalau cakap dengan pakwe dalam gelap sampai gangu orang lain itu sengal namanya.

Hanya kerana mug yang murah tu pun nak gaduh 1Malaysia ke? 1Malaysia tu ditubuhkan untuk perpaduan dan mengelak rusuhan kaum. Apa nak jadi ni? Apa yang lagi berulat perasaan saya, dia ada cerita kat housemate dia yang dia tak suka kawan saya bawak kawan setiap kali nak buat assignment. Sape lagi kalu bukan saya yang selau naik turun rumah itu. Hrmm.. tak apalah. Dia belum kenal sape kami. Eh!budak comm lar nie! Letak dalam USIM Today baru tau.

Convocation Diq Anis

Tahniah..dari kak yue



Semua yang hadir..


Ma..Abah..dan Umi..


Mok pun ada..


Abah yang malu nak pakai jibah tu pada mulanya..haha

Adikku Dirisik..

Wajah tenang seorang gadis



Dirisik..


Cincin risik..jeles nyer..


Semoga berbahagia Diq Anis dan Wan..