? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 27, 2010

Underwater River



Pernahkah anda terdengar tentang sungai dasar sungai sebelum ini? Inilah kebesaran Allah tentang apa yang dikatakannya dalam Al-Quran. " Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al-Furqan: 53)

Sungai ini terdapat di Maxico di sebatang sungai yang digelar Cenote Angelita. Dipermukaan sungai ini kelihatan seperti sungai-sungai biasa yang terdapat di Malaysia tetapi yang menariknya di kedalaman 30 kaki, air sungai ini hanyalah air biasa tetapi jika anda berjaya masuk ke kedalaman 60 kaki airnya bertukar menjadi air masin. Pelik bukan?

Didasar sungai inilah terdapatnya sebatang sungai yang besar. Padanya terdapat beberapa batang pokok serta tebing sungai yang dipenuhi dengan daun-daun luruh. Sungguh menakjubkan. Menurut beberapa maklumat dari OH! TIDAK, pengkaji yang menemui sungai ini telah memeluk agama islam setelah membuat kajian tentangnya. Subhanaalah!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, silalah Google sendiri. Jangan lupa surf sekali kat Youtube taip je Cenote Angelita. Tengok sekali kat blog OH!TIDAK. Selamat mengkaji.

Thursday, February 25, 2010

Sepi Pepohonan Rindu




Mak ngah, tidak akan pernah kita lupa tarikh itu. Tarikh yang menyepikan hati kita. Yang setiap hari menemani mak ngah dengan gelak ketawanya, latahnya menampakkan gigi merahnya yang berkarat. Rambut putihnya yang dulu disikat rapi, kemas disanggul bagai penari inang kini yang hanya tinggal sisir rambut yang rongak diam membisu dipenjuru bilik nenek dengan rambut arwah yang masih bersisa. Selipar jepun hijau yang berlumut itu, tidak ada lagi si pemakai yang setia. Tidak akan lagi kelihatan baju-baju usangnya dengan kain batik berlipat-lipat diusungnya kemana sahaja. Tidak ada lagi anak-anak muda yang akan menyinggah di warung sirih mak ngah untuk mengacaunya sehingga melompat orang tua itu melatah.

Pokok-pokok pisang akan terus menggugurkan pelepahnya lesu. Ayunan daun -daun diperdu pohon semakin sepi. Pepohan yang dulu basah dengan zikir-zikir Allah untuk nenek tidak lagi mengalunkan zikirnya buat nenek tapi masih tetap diteruskan untuk penduduk bumi yang masih bersisa ini.

Hilang sudah teman menggobek sirih mak ngah yang dulunya 7 orang setip waktu hanya tinggal bebepapa kerat sahaja. Pergi sudah pelanggan tetap kedai kopi kak Nah yang setiap hari disuruh buat air kopi itu. Siapa yang akan menceriakan hidup kita lagi mak ngah? Siapa yang akan melatah bagaikan nenek? siapa yang akan menjadi mangsa budak-budak muda itu beralih untuk bergurau? siapa yang akan melayan mereka nanti? Bagaimana perasaan mereka bila tahu nenek dah tak ada? Siapa yang akan saya jumpa jika pulang nanti? Siapa yang akan dengar semua cerita dari USIM? Bangla yang selalu jual kain itu dah tahu ke nenek sudah tiada? Mak ngah, nenek ni dengan bangla pun jadi kan.

Minggu lepas baru saya pulang ke kampung. Nenek sihat dan anggun seperti biasa. Entah kenapa saya tidak banyak bercakap dengan nenek. Malah untuk menjemputnya makan bersama juga malas untuk saya keluarkan dari mulut. Tapi ma yang tanya nenek. Nenek tak mahu kerana masih kenyang. Kak na memaksa nenek untuk menjamah nasi ayam yang kami sama-sama buat itu. Akhirnya, nenek mengalah. Diambilnya sesudu dua nasi mungkin untuk menjaga hati kami. Tak ada perubahan pada nenek ketika itu. Nenek asyik berbual dengan kak na dan adik anis tentang itu dan ini sesekali terdengar mereka ketawa dengan latah nenek beriringan. Seronok nenek bercerita tentang bangla yang jual kain padanya tempoh hari. Bangla tu cakap nenek baik. Tersengih-sengih nenek sambil menhenjutkan bahunya. Saya tersenyum, masih malas untuk menyampuk. Entah kenapa saya pun tidak tahu.

Selesai makan, saya ke dapur. Mengutip semua pinggan di balai tengah untuk dibasuh. Sambil yang lain sibuk menyiapkan diri untuk solat maghrib. Kami berjemaah. Selesai solat saya bersalaman antara satu sama lain. Ma, abah, mok aji, umi, mak cik Nab, tok ma, kak Na, Amrina dan akhirnya nenek. itulah kali terakhir saya bertemu nenek. Pada hari jumaat 19 Feb 2010.

Ketika mereka sedang solat isya' berjemaah, saya, kak Na, adik Anis, Amrina dan mok aji ke hulu untuk ke rumah mok aji. Saja. Lewat jam 11 malam abah dan ma ambil kami disana untuk pulang ke Kota Bharu. Kereta kami melewati rumah usang nenek tapi tidak pula singgah untuk bertemu sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana memikirkan tidak mahu mengganggu nenek yang sedang tidur dengan lampu yang tidak lagi menyala ketika itu.

Malam isnin yang lalu, saya tidur sedikit awal dari biasa. Abah hantar msg memaklumkan yang nenek sakit pada jam 2.30 pg dan msg itu saya baca pada jam 5.30 pg. Saya tidak terus menghubungi abah sebab merasakan nenek sakit biasa tapi saya msg abah bertanyakan sakit apa sebab setahu saya nenek dikatogarikan warga emas yang sihat tanpa penyakit walaupun darah tinggi. Abah kata, doktor cakap gestrik. Saya tak fikir itu gestrik biasa sebab nenek bukan seorang yang lupa makan. Dalam fikiran saya mungkin keracunan makanan sebab nenek suka makan dan mencuba. Try and errow kot. Pukul 7.05 pg sedang saya tunggu bas untuk ke kelas terfikir untuk telefon abah. Kata abah, nenek tidak juga kebah-kebah. Abah, ma dan mak cik Nab bersiap-siap untuk ke hospital pula. Saya berdoa semoga nenek tidak apa-apa.

Ketika saya berada di Unit IT dekat white house, saya nak buat kad matrix yang tiba-tiba hilang hari tu. Saya dikejutkan dengan panggilan abah pada pukul 10.45 pg. Abah cakap nenek dah tak ada (dalam pukul 10pg tp doktor tulis 10.30 pg). Terkedu saya sebentar mengenangkan nenek. Tidak sempat berjumpa dia malam itu, tidak banyak saya habiskan masa dengan dia dan tidak pula berbual-bual macam selalu dengannya. Saya terus menghubungi saudara-mara yang ingin pulang ke kampung untuk menumpang sama. Patutlah kad matrix saya hilang. Rupa-rupanya itu petanda bahawa saya akan kehilangan orang yang tersayang.

Saya tiba dikampung pada pada jam 8.30 mlm dan proses memandikan jenazah sedang dilakukan. Jenazah nenek seperti sedang tidur. Seolah-olah tersenyum. Tidak hairanlah kerana hayatnya dulu dia tidak pernah melewatkan waktu solat beserta solat sunatnya sekali, 5 kali sehari membaca Al-Quran, kadang-kadang mengajar anak-anak orang kampung membaca Al-Quran tanpa mengharapkan bayaran. Selesai mengafankan jenazah, kami anak cucunya mengucup dan menatap nenek untuk kali terakhir. Ramai juga yang mengalirkan air mata. Mungkin mengenangkan belum sempat meminta maaf yang menyempitkan lagi dada mereka. Nenek disemadikan dan bacaan talkin dibaca. Kami tinggalkan nenek bersendirian dibawah pepohon dalam gelap malam.

Nenek pergi diusia 78 tahun (pada tarikh lahir sepupu saya 23 feb 2010). Terlalu awal rasanya nenek meninggalkan kami apatah lagi dia pergi tanpa sebarang penyakit. Mungkin gastrik yang dikatakan itu hanyalah kerana pengumpulan nyawanya diperut sebelum semuanya habis. Sedih terkenangkan nenek bertanya pada ma "dah xdan jumpa ngn anak cucu ke?" sayu hati saya mendengar cerita ma. Pergi sudah nenek kami. Yatim piatu sudah ma kami. Hanya ada abah dan anak-anak di negeri Kelantan ini. Tidak saya lupa nenek sebelah abah yang kami cintai. Hanya tinggal dia seorang di kampung itu. Yang lain bertebaran dinegeri mereka. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Semoga roh nenek dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
AL-FATIHAH...