? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 31, 2010

Pergi yang dikembalikan..

Pada 23 februari yang lalu saya dikejutkan dengan kematian nenek saya sebagaimana yang saya telah ceritakan di entry saya yang telah lepas. Sangat sunyi dengan kehilangan beliau yang banyak menceriakan kami. Gelak ketawanya, latahnya, tinkah lakunya semuanya menjadikan hati kami dibuai tangisan sendu. Kadang-kala apabila dibacakan surah yassin setiap malam jumaat, rasa sepi sangat. Wajah arwah yang tersenyum bermain-main dibenak fikiran. Rindu benar hati kami padanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allh s.w.t hendaknya. Al-Fatihah..


Beberapa hari yang lepas, saya sekali lagi mendapat panggilan daripada ma dikampung. Amati suara ma ditalian, terasa hangat sangat ingin rasanya saya pulang lagi ke kampung untuk melihat wajah ma yang tidak pernah tua walaupun usianya sudah mencecah hampir 53 tahun. Wajah ma dengan nenek sama sebenarnya. Kerana itulah ketika arwah nenek pergi, sukar untuk saya tatap wajah ma. Pasti air mata terasa melekit dipipi.

Sungguhpun begitu, kali ini saya mendapat berita yang gembira. Sepupu saya telah selamat melahirkan seorang baby perempuan. Saya pun lupa berapa haribulan. Maklumlah, dalam kepala asyik terbayang tarikh submit assignment jer. Wahaha..seronok bukan kepalang. Saya sangat suka baby perempuan. Saya nak sepupu saya namakan dengan nama saya. Fadhlin Jr. wahaha..

Walaupun arwah tidak sempat melihat cicitnya yang ini (ketika arwah ada, asyik tanya je bila nak keluar), tetapi sekurang-kurangnya kami tidak terasa sangat akan kehilangan nenek. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup sebagai penganti dan penyambung warisan keturunan. Alhamdullillah.. kakak saya pun tak lama lagi akan kawin. Makin bertambahlah keluarga kami. Semoga Allh memberkali kami sekeluarga. AMIN...

USIM TODAY

Article saya dalam USIM Today

KEMARAU DAN TINDAKAN ANDA

El Nino atau lebih dikenali sebagai musim panas yang teruk telah melanda negara kita sejak akhir-akhir ini. Perubahan cuaca yang berlaku seperti ini bukanlah fenomena luar biasa yang berlaku di sesuatu tempat seperti tsunami yang menyerang asia suatu masa dahulu. El Nino ini berlaku akibat daripada perubahan monsoon yang mengikut putaran bumi dimana permukaan bumi terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya pasifik barat, pasifik tengah dan pasifik timur.

Di asia contohnya keadan kemarau yang teruk melanda setiap negara dengan kekurangan air dan sebagainya. Tetapi sebaliknya pula berlaku dia negara barat atau lebih dikenali sebagai pasifik barat. Sebagai contoh Amerika, Maxico dan sebagainya pula mengalami musim banjir yang teruk akibat daripada perubahan ini. Perubahan monsoon ini akan berlaku setiap daripada tiga hingga tujuh tahun sekali.

Musim panas yang teruk sebegini pastinya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Ini kerana sumber air yang paling utama akan mengalami kekeringan dalam kadar waktu yang singkat. Pelbagai penyakit juga akan mula menyerang masyarakat yang tinggal di luar bandar dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat bekalan air bersih. Antara penyakit yang biasa berlaku pada musim kemarau ini seperti penyakit taun dimana kurangnya bekalan air bersih yang digunakan untuk aktiviti harian seperti makan dan minum merupakan suatu risiko penyebab penyakit ini.

Kanak-kanak terutamanya akan lebih terdedah kepada risiko peyakit ini. Ini kerana mereka tidak akan faham pentingnya menjaga kesihatan dimusim panas ini. Ibu bapalah yang memainkan peranan yang lebih penting dalam menanganinya dikalangan keluarga mereka, disamping pihak kerajaan mencari jalan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada penduduk. Jika terdapat sebarang tanda-tanda seperti demam, muntah-muntah, hilang selera makan dan cirit-birit dinasihatkan supaya terus dapatkan nasihat doktor supaya masalah tersebut tidak berlarutan.

Selain daripada penyakit yang boleh membawa maut itu, dikhuatiri juga masalah seperti pembakaran hutan, ladang dan sebagainya secara tiba-tiba akibat daripada pemanasan yang terik. Apabila berlakunya pembakaran ini, secara tidak langsung negara kita dan Negara sekitar seperti Indonesia, Singapura dan sebagainya akan mengalami masalah jerebu yang teruk. Masalah jerebu ini akan menyumbang kepada masalah pernafasan akut yang teruk kepada penduduk. Akibatnya, mereka yang mengalami masalah asma yang teruk dinasihatkan mendapatkan bekalan ubatan yang cukup. Masyarakat juga dinasihatkan agar meminimumkan aktiviti luar rumah yang terdedah kepada kesesakan pernafasan.

Orang ramai dinasihatkan menanam sampah sarap agar dapat mengelakkan daripada pembakaran secara terbuka yang akan mengundang bahaya pada masa hadapan. Ini secara tidak langsung dapat menyelamatkan kesan rumah hijau daripada termusnah. Pembakaran hutan-hutan simpan sebenarnya secara tidak langsung akan menyumbangkan masalah ketika berlakunya proses perubahan monsoon. Ini kerana, ombak besar yang melanda pesisir pantai tidak mempunyai sebarang banteng seperti pokok-pokok bakau yang selama ini menjadi penghadang kepada ombak-ombak ini yang biasanya terjadi akibat daripada peralihan monsoon.

Jerebu yang terhasil daripada pembakaran hutan atau ladang itu tadi, secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi Negara, dengan keadaan penduduk yang terpaksa mengurangkan aktiviti harian mereka pastinya banyak syarikat yang akan menutup premis mereka seketika. Ini pastinya akan menyebabkan kurangnya pertukaran mata wang asing bagi sector ekonomi Negara dan kemelut politik turut terjejas. Apa yang lebih membimbangkan apabila kurangnya pelancong yang akan keluar masuk Negara akibat daripada masalah jerebu yang melanda negara. Sudah pasti Negara akan menghadapi masalah kegawatan ekonomi yang berpunca daripada masalah jerebu yang melanda akibat kesan daripada kemarau tersebut.

Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan antaranya mengadakan hujan tiruan untuk menyejukkan permukaan bumi yang sedia panas. Suatu cairan akan dilepaskan ke permukaan awan untuk menghasilkan hujan tiruan ini. Biasanya pembenihan hujan tiruan ini akan dilepaskan dikawasan-kawasan tadahan air yang disifatkan sebagai kering dan berjaga-jaga. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut membina empangan simpanan air yang besar bagi negeri-negeri yang dibimbangi menghadapi masalah kekeringan sumber utama ini. Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dimusim ini.