? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 15, 2010

Netbook dan Nenek


Netbook bewarna putih seolah-olah tersenyum melihat saya. Mungkin dia tahu bahawa hati saya sangat menyayanginya. Mana tidak saya sayang, saya membelinya dengan duit saya sendiri setelah sekian lama mengikat perut sendiri. Mungkin ada yang tergelak bila mengetahui tindakan saya. Tapi itulah cara saya untuk mendapatkan sesuatu yang saya mahukan. Itu memang menjadi perkara biasa bagi seorang pelajar.

Saya meriba netbook ini. Sudah sebulan dia bersama saya mengarang assigment, menangis dengan luahan hati dan ketawa menbaca blog. Netbook putih dengan bingkai silver ini saya beli pada 15 Feb 2010 pada hari isnin jadi hari ini juga hari isnin 15 Mac 2010 cukup-cukup sebulan usianya. Ketika netbook ini dibeli, nenek saya masih ada tapi belum sempat saya tayangkan padanya video-video yang menarik, dia pergi menghadap ilahi. Kerana itulah saya terpaksa mengalas punat-punat kekunci papan taip ini dengan alas kalis air. Hehe.. ada kawan saya tanya "kenapa?" sebabnya saya telah termenangis semasa meluahkan isi hati tentang kehilangan nenek saya yang tersayang dulu.

Walau apa pun saya bersyukur memilikinya netbook ini kerana sudah setahun saya mengidamkan netbook sekecil ini bagi memudahkan saya membawanya kesana-sini. Akhirnya saya mendapatnya juga. Saya membelinya dengan harga RM1269. Itu pun setelah puas memujuk taukeh kedai komputer itu. Harga asalnya RM1299 tapi saya tak mampu. Sebab saya nak bakinya lagi. Hehe..jimat beb!!

Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh adik-beradik saya yang sama-sama menemankan saya membeli netbook ini dan terpaksa belanja saya main bowling. Hehe.. Thanks to all of us..

0 comments: